"Ya Tuhan dan Allah kami, Engkau layak menerima puji-pujian dan hormat dan kuasa; sebab Engkau telah menciptakan segala sesuatu; dan oleh karena kehendak-Mu semuanya itu ada dan diciptakan." { Wahyu 4:11}

Monday, January 17, 2011

Pandangan-pandangan mengenai Jesus Christ



Pandangan-pandangan mengenai Jesus ialah kepentingan khusus yang diberikan oleh sesetengah agama kepada Jesus. Dua agama yang terbesar di dunia, iaitu agama Kristiandan agama Islam, menganggap Jesus sebagai seorang tokoh suci yang penting. Dalam agama Kristian, Jesus secara umumnya dianggap oleh penganut-penganut sebagai mempunyai ciri-ciri ketuhanan sebagai anak Tuhan dan Messiah. Dalam agama Islam, Jesus dianggap sebagai salah satu nabi Tuhan yang terpenting. Sudut pandangan kebanyakan agama yang lain berbeza dari menganggapnya sebagai nabi palsu (aliran utama agama Yahudi) ke guru bermakrifat (agama Buddha). Yang lain memperlihatkan Jesus sebagai manusia biasa (Pemikiran bebasAteismeAgnostisisme).

Isi kandungan

 [sorok]

[sunting]Pandangan agama Kristian

Kebanyakan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian mempercayai Jesus adalah jelmaan Tuhan, yaitu Tuhan mengambil sifat dan bentuk manusia, dan merupakan personaliti kedua dalam Triniti Suci yang datang ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa dan kematian melalui pengorbanan tumpah darah sendiri, dan yang kemudian kembali dari kematiannya untuk bersama-sama dengan Bapanya di Syurga. Bagaimanapun, sebilangan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian, secara umumnya dianggap sebagai di luar aliran utama pemikiran Kristian, termasuk Saksi-saksi Jehovah, penganut-penganut Unitarianisme dan Ahli-ahli Sains Kristian, mempercayai Jesus diilhami oleh Tuhan, tetapi bukan jelmaan Tuhan pada dirinya.
Sebahagian besar mazhab-mazhab agama Kristian (secara umumnya termasuk Katolikismeagama Kristian Ortodoks, dan kebanyakan bentuk Protestantisme kecuali Restorationisme) memperoleh fahaman mereka daripada persetujuan yang dicapai dalam Majlis Pertama Nicaea pada tahun 325 (dikenali sebagai Fahaman Nicene) dalam bentuk Fahaman Constantinople (381), walaupun tema-tema utama Fahaman Nicene telah dikomunikasi dan diterima secara meluas oleh penganut-penganut gereja Kristian yang awal. Selain daripada kepercayaan kepada "satu Tuhan, Bapa, Maha Agung, pencipta syurga dan bumi..." dan dalam "Roh Kudus, Tuhan dan pemberi hidup, Yang berpunca daripada Bapa Templat:Allah...", fahaman ini mengaku kepercayaan kepada:
"satu Jesus Christ, Anak kandung Tuhan yang tunggal, dilahirkan oleh Bapa sebelum semua zaman, cahaya daripada cahaya, Tuhan benar daripada Tuhan benar, dilahirkan dan bukan dicipta, daripada satu bahan yang sama dengan Bapa, melaluiNya yang semua benda wujud, Yang kerana kita manusia dan untuk menyelamatkan kita, turun dari syurga, dan yang merupakan jelmaan daripada Roh Kudus dan Dara Mary dan menjadi manusia, dan disalib untuk kita di bawah Pontius Pilate, dan menderita dan dikebumikan, dan bangkit pada hari ketiga menurut Kitab Bible dan naik ke syurga, dan duduk pada sisi kanan Bapa allah, dan akan kembali dengan kemuliaan untuk mengadili orang hidup dan mati, dengan Kerajaan yang tiada tamatnya." (daripada J. Stevenson, Fahaman, Majlis, dan Perbalahan (London 1989); perhatikanlah bahawa petikan tersebut mengikut penggunaan huruf condong oleh Stevenson bagi frasa-frasa yang tidak terdapat dalam Fahaman Nicaea).
Protestan-protestan pada umumnya mempercayai kepercayaan kepada Jesus, bukannya perbuatan-perbuatan baik, adalah cara tunggal untuk menerima penyelamatan serta untuk memasuki syurga, dan penyelamatan merupakan hadiah yang diberikan melalui limpah kurnia Tuhan. Walaupun kebanyakan ahli pelbagai mazhab Kristian mempercayai kepercayaan kepada Jesus diperlukan (berdasarkan John 3:16), perbuatan-perbuatan baik juga diperlukan oleh kebanyakan mazhab. Bagaimanapun, telah dijelaskan bahawa perbuatan baik sahaja tidaklah cukup untuk seseorang memasuki syurga.
Pendirian Lutheran ialah pendirian yang dinyatakan dalam John 13:15, di mana Jesus mengatakan bahawa hidupnya diberikan sebagai contoh atau model peranan untuk pengikutnya. Sebaliknya, penganut-penganut Katolik Rom mempercayai orang-orang bukan Kristian juga boleh menerima lipah kurnia yang diperlukan untuk penyelamatan jika mereka mengamalkan hidup yang adil. [1] [2]
Sebagaimana yang dibayangkan oleh banyak mazhab Kristian yang berlainan, agama Kristian telah mengalami banyak perpecahan dalam kepercayaan mereka terhadap Jesus. Bagaimanapun, terdapat banyak kepercyaan yang sama antara kebanyakan penganut tentang ketuhanan Jesus. Kebanyakan orang Kristian mempercayai Jesus ialah Tuhan, Anak kandung Tuhan, dan ahli kedua Triniti Ketuhanan. Beliau dikatakan telah dijadikan jelmaan oleh Roh Kudus dan Dara Mary; ia itu, beliau mengambil bentuk manusia dan menjadi manusia serta Tuhan.
Terdapat banyak pandangan yang berbeza dalam kumpulan-kumpulan Kristian tentang adakah Jesus pernah menuntut ketuhanan untuk dirinya. Kebanyakaan orang biasa Kristian, ahliteologi, dan paderi menganggap bahawa kitab Bible menunjukkan Jesus kedua-dua sebagai Tuhan serta menuntut ketuhanan. Bagaimanapun, orang-orang yang lain mempercayai Jesus tidak pernah menuntut ketuhanan, dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak setanding dengan Tuhan.
Penggambaran Simon Ushakov pada tahun 1658 untuk Penyelamat Bukan Dibuat Melalui Tangan, ikonografi Jesus yang paling popular dalam Faham Ortodoks Timur.
Pertikaan ini juga kekadang dibayangkan oleh penolakan doktrin triniti Kristian yang umum. Unitarianisme ialah kepercayaan Kristian tentang hanya satu Tuhan, dan bukannya dalam aspek-aspek Tuhan yang berbeza yang diwakili oleh triniti — Universalisme Unitarian, sedangkan tidak lagi betul-betul unitarian, atau juga semestinya Kristian, berasal sebahagiannya daripada kepercayaan ini. Lagi kurang umum ialah Binitarianisme, iaitu kepercayaan hanya kepada ketuhanan kedua-dua Bapa dan Anak, dan bukannya kepada Roh Kudus.
Sesetengah kumpulan, umpamanya ChristadelphianSaksi-saksi Jehovah dan Ahli-ahli Sains Kristian, menafsirkan kitab Bible sebagai mengajar bahawa Jesus ialah Anak Tuhan, tetapi tidak semestinya Tuhan pada dirinya. Orang-orang Kristian ini mempercayai Jesus diilhamkan oleh Tuhan, tetapi bukannya jelmaan Tuhan. Yang lain seperti Mormon (ahli-ahli Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian), mempercayai Triniti, tetapi mempertahankan bahawa Tuhan si Bapa melahirkan Jesus sebaga Tuhan si Anak, dan bahawa Jesus mencipta Bumi di bawah arahan Tuhan si Bapa. Orang-orang Mormon juga mempunyai teks-teks suci tambahan yang agak baru — Buku MormonDoktrin dan Perjanjian dan Mutiara Berharga Agung — yang menandakan bahawa Jesus ialah Christ, Anak Tuhan (lihat rencana Jesus dalam Gereja Jesus Christ Santo-santo Hari Kemudian). Swedenborgian (ahli-ahli Gereja Baru) mempercayai Jesus ialah jelmaan Tuhan, tetapi bukan seorang orang yang berasingan daripada Bapa; Bapa ialah Anak seperti roh di dalam tubuh.
Sebagaimana dengan orang Islam, penganut-penganut Dosetisme, suatu mazhab Kristian yang awal, mempercayai bahawa Jesus tidak mati di salib dan pengaliban adalah ilusi yang dibuat oleh Tuhan. Marcionisme, lagi satu mazhab awal, mempercayai Paul dan Jesus menolak Hukum Moses dan menganggap Jesus Christ sebagai Tuhan Agung yang lebih besar daripada tuhan pencipta dalam Wasiat Lama. Mazhab Ebionitmempercayai Jesus ialah nabi agung yang memerintah pemberhentian pengorbanan-pengorbanan haiwan dan makan daging; selain itu, penganut-penganut itu mematuhi ajaran agama Yahudi dan tidak mempercayai bahawa Jesus adalah Tuhan. Mereka mengikut Jacob ("James" dalam Wasiat Baru Inggeris), saudara kandung Jesus, dan menegaskan bahawa ajaran Paul tidak berwibawa dan langsung berbeza dengan apa yang diajar oleh Jesus. Mazhab Arianisme mempercayai Bapa sebagai Tuhan benar yang tunggal, berdasarkan John 17:3. Sebaliknya, sebilangan penganut separa Arianisme mempercayai Bapa dan Anak adalah dua makhluk, kedua-dua dipanggil Tuhan. Mereka tidak menganggap Roh Kudus sebagai Tuhan kerana pada pandangan mereka, Roh Kudus bukannya makhluk yang berasingan, tetapi merupakan daya tak peribadi yang datangnya daripada Tuhan — kumpulan-kumpulan moden yang memegang pandangan separa Arianisme ini kekadang merujuk kepada diri sebagai penganut Binitarianisme.
Agama Yahudi Messiah juga berkongsi banyak kepercayaan Kristian, termasuk kepercayaan kepada triniti dan kepada Jesus sebagai Messiah.

[sunting]Pandangan agama Islam

Dalam Islam, Jesus dikenali sebagai Isa dan merupakan salah satu daripada nabi-nabi Allah yang berpangkat tinggi serta paling disayangi yang dihantar semata-mata untuk membimbing Anak-anak Israel.
Berbeza dengan karya-karya Kristian, al-Quran tidak memerikan Jesus sebagai anak Allah, tetapi sebagai salah satu daripada lima orang nabi yang utama (antara banyak orang nabi) yang dihantar oleh Allah pada sepanjang sejarah untuk membimbing manusia. Ia juga menyatakan bahawa pengajaran Jesus kepada manusia pada asalnya adalah amat serupa dengan pengajaran nabi-nabi yang lain, dari Adam sehingga Nabi Muhammad, tetapi pengajaran itu kemudian diputarbelitkan oleh orang-orang Kristian yang awal. Jesus sebagai seorang dari kalangan Yahudi, dikatakan mengamalkan hidup Yahudi yang warak dan murah hati, dan menahan diri daripada memakan daging babi dan meminum alkohol.
Orang-orang Muslim juga mempercayai Jesus menerima Gospel yang dipanggil "Injil" daripada Tuhan yang sepadan dengan Wasiat Baru Kristian. Bagaimanpun, orang-orang Muslim berpendapat bahawa Wasiat Baru telah ditukar dengan berlangsungnya masa (seperti dengan Wasiat Lama, mengikut anggapan mereka) dan oleh itu, tidak tepat mewakili pengajaran asal Tuhan kepada manusia. Sesetengah orang Muslim menerima Gospel Barnabas sebagai wasiat Jesus yang paling tepat, walaupun ketulenan dan tarikh teks ini dipertikaikan oleh lingkungan-lingkungan akademik Islam, Kristian, dan sekular.
Bagaimanapun, al-Quran dan Wasiat Baru bertindih dalam aspek-aspek kehidupan Jesus yang lain; kedua-dua orang Muslim dan orang Kristian Ortodoks mempercayai Jesus dilahirkan dengan cara yang sungguh menakjubkan tanpa bapa biologi manusia melalui kehendak Tuhan, dan ibunya Mary (bahasa ArabMariam), adalah antara wanita yang paling alim dan suci, dan yang hidup seperti wali. Al-Quran juga menyatakan bahawa Jesus boleh melakukan mukjizat — walaupun hanya melalui kehendak Allah — termasuk menghidupkan orang mati, memulihkan penglihatan orang buta dan merawat pesakit kusta. Satu mukjizat yang dikatakan dibuat oleh Jesus dalam al-Quran, tetapi tidak dinyatakan dalam Wasiat Baru, ialah bahawa Jesus boleh bertutur untuk mempertahankan ibunya daripada tuduhan-tuduhan zina ketika beliau masih berumur beberapa hari. Al-Quran juga mengatakan bahawa Jesus ialah 'kata' daripada Allah kerana beliau telah diramalkan akan datang dalam Wasiat Lama.
Kebanyakan orang Muslim mempercayai Jesus tidak dibunuh atau disalib, tetapi Allah membuatnya kelihatan sebegini kepada musuh-musuhnya. Perkara ini juga dikisahkan dalam Al-Quran, dan menurut Islam, Jesus naik ke syurga dan masih hidup. Sesetengah cendekiawan Muslim, terutamanya Ahmad Deedat, mempertahankan bahawa Jesus sebenarnya disalib tetapi tidak mati — sebaliknya, Jesus dihidupkan semula dan kemudian jasadnya naik ke syurga. Yang lain mengatakan bahawa Judas Iscariot yang salah disalib oleh orang-orang Rom. Tanpa menghiraukan apa-apa, orang-orang Muslim mempercayai bahawa Jesus masih hidup di syurga dan akan kembali ke dunia ini dalam bentuk manusia bersama-sama dengan Imam Mahdi untuk menewaskan Dajjal ("Penipu", si Antichrist dalam kepercayaan Islam) ketika dunia ini dipenuhi dengan dosa, penipuan dan ketidakadilan, dan kemudian akan hidup sepanjang hayatnya.

[sunting]Gerakan Muslim Ahmadiyya

Rencana utama: Ahmadiyya
Mirza Ghulam Ahmad (1835–1908), pengasas Gerakan Muslim Ahmadiyya, menulis dalam bukunya, Jesus di India (April 1896), bahawa Jesus tidak mati selepas penyalibannya dan kemudian pergi ke India, di mana beliau hidup (dan mati) sebagai nabi di bawah nama Yuz Asaf. Ahmad memperdebatkan bahawa apabila Jesus diturunkan dari salib, beliau pengsan dalam keadaan yang serupa dengan Jonah di dalam perut ikan Templat:Bibleref (lihat Hipothesis pengsan). Sejenis ubat yang dikenali sebagai Marham-e-Issa (Salap Jesus) digunakan untuk menyapu cederanya dan beliau berpulih. Memperoleh bahan-bahan daripada kitab-kitab Bible, Al-Quran dan Buddhisme, Ahmad menulis bahawa Jesus berjumpa dengan Mary, hawari-hawari, dan orang-orang lain dengan tubuh manusianya (bukan tubuh yang dihidupkan semula), seperti yang terbukti oleh cedera-cederanya, dan kemudian berada di sekitar Jerusalem secara rahsia selama lebih kurang empat puluh hari. Buku itu menggunakan dokumen-dokumen sejarah untuk mencadangkan bahawa Jesus pergi ke Nasibain (Nisbis),Afghanistan, dan kemudiannya ke Kashmir untuk mencari sesetengah puak Israel hilang[1] yang dikatakan menetap di timur, lebih kurang 700 tahun dahulu.
Kebanyakan pengikut Ahmad juga mempercayai bahawa rujukan kepada Kedatangan Kedua Jesus dalam kitab-kitab merupakan alegori dan sebenarnya merujuk kepada ketibaan Mirza Ghulam Ahmad. Pandangan Ahmadiyya ini tentang Jesus adalah salah satu alasan utama mengapa gerakan ini dianggap menyeleweng oleh aliran utama Islam.

[sunting]Pandangan agama Yahudi

Agama Yahudi menganggap idea Jesus, baik sebagai Tuhan, Triniti, atau sebagai orang tengah Tuha, sebagai suatu bidaahn yang menyeleweng Emunoth ve-Deoth, II:5). Agama Yahudi juga tidak menganggap Jesus sebagai Messiah, khususnya kerana beliau tidak memenuhi ramalan-ramalan Messiah dalam Tanakh, atau mempunyai kelayakan peribadi Messiah. [3]
Torah Mishneh (sebuah karya berwibawa mengenai hukum Yahudi) menyatakan:
Jesus si Nazarene yang menganggap diri sebagai Messiah dan dihukum mati oleh mahkamah, juga telah diramalkan di dalam Daniel yang menyatakan, "Dan ahli-ahli kumpulan penjahat di dalam negara kamu akan mencuba membuat suatu visi (ramalan) menjadi kenyataan. Dan mereka akan gagal" (Daniel 11.14). Kerana adakah terdapat halangan yang lebih besar berbanding dengan halangan ini? Kesemua nabi berkata bahawa Messiah akan menebus Israel, dan menyelamatkan orang-orangnya, dan mengumpulkan orang-orang yang dibuang negeri, dan mengukuhkan rukun-rukun mereka. Tetapi orang ini mengakibatkan (negara-negara) memusnahkan Israel melalui pedang, dan menaburkan saki-baki mereka, dan menghina mereka, dan mengubahkan Torah, dan mengakibatkan kebanyakan dunia membuat kesilapan berbakti kepada suatu ketuhanan selain daripada Tuhan. Bagaimanapun, fikiran-fikiran Pencipta dunia — tiadanya daya manusia untuk memperolehnya kerana cara kita bukannya cara Tuhan, dan fikiran kita bukannya fikiran Tuhan. Dan kesemua perkara mengenai Jesus si Nazarene, dan (Muhammad) si orang Ishmael selepasnya — tiadanya (tujuan) selain daripada menyediakan laluan untuk Raja Messiah, dan untuk memulihkan seluruh dunia supaya bersama-sama berbakti kepada Tuhan. Dan telah dikatakan, "Kerana pada masa itu, Aku akan berpaling kepada negara-negara (dan memberikan) kata-kata yang jelas, untuk memanggil kesemua mereka atas nama Tuhan untuk berbakti kepada Tuhan (bersendel bahu) bak satu bahu." (Zephaniah 3.9). Lihatlah bagaimana kesemua dunia ini telah menjadi penuh dengan perkara-perkara Messiah, dan perkara-perkara Torah, dan perkara-perkara rukun! Dan perkara-perkara ini tersebar di antara pulau-pulau yang jauh dan antara banyak negara yang hatinya tidak sunat. (Hilkhot Melakhim 11:10–12)[4]
Agama Yahudi Reformasi, gerakan progresif moden, menyatakan Bagi kami dalam komuniti Yahudi, sesiapa yang menuntut Jesus sebagai penyelamat tidak lagi merupakan orang Yahudi dan dianggap sebagai orang yang murtad. (Contemporary American Reform Responsa, #68).[5]
Menurut tradisi Yahudi, tidak terdapat lagi nabi-nabi selepas tahun 420 SMMalachi yang merupakan nabi terakhir hidup berabad-abad sebelum Jesus. Agama Yahudi menyatakan bahawa Jesus tidak memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam Torah untuk membuktikan diri sebagai nabi. Walaupun jika Jesus menghasilkan tanda sedemikian, agama Yahudi menyatakan bahawa tiadanya nabi atau mat jenin yang boleh menyangkal hukum-hukum yang telah dinyatakan dalam Torah (Deut 13:1–5)[6]

[sunting]Pandangan agama Buddha

Pandangan-pandangan agama Buddha tentang Jesus berbeza disebabkan Jesus tidak tersebut dalam mana-mana teks Buddha, dan kerana tidak adanya doktrin utama Buddhisme. Sesetengah penganut Buddhisme, termasuk Tenzin Gyatso, Dalai Lama ke-14 [7] menganggap Jesus sebagai bodhisatva yang membaktikan seluruh hidupnya untuk kebajikan manusia. Sesetengah cendekiawan agama Buddha telah memperhatikan persamaan antara ajaran-ajaran Jesus dengan ajaran-ajaran Gautama Buddha dari kedua-dua segi berkhutbah tentang doktrin kasih sayang dan belas kasihan, serta mempunyai pendirian kritis yang sama terhadap kepercayaan-kepercayaan ortodoks yang wujud pada zaman mereka. Kedua-dua tokoh ini menyokong perubahan radikal terhadap amalan-amalan umum bagi agama-agama sezaman. Terdapat juga sekali-sekala persamaan bahasa, umpamanya penggunaan metafora yang sama tentang sebaris orang buta untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama yang mereka tidak bersetuju (DN 13.15, Matthew 15:14). Sesetengah orang mempercayai bahawa terdapat kesamaan yang rapat antara agama Buddha (atau fikiran rohaniah Timur umumnya) dengan teks-teks doktrin Gnostisisme seperti Gospel Thomas [8]
Nicolas Notovitch, seorang penjelajah Rusia, melawat Biara Hemis, sebuah biara agama Buddha Tibet di LadakhIndia, dan mendakwa bahawa beliau telah melihat versi agama Buddha Tibet tentang kehidupan Jesus. "Gospel Tibet" yang ditulis oleh pendeta-pendeta agama Buddha mengandungi sejarah agama Yahudi, serta pemerian kehidupan Christ yang biasa dikenali sebagai "Issa" di Asia. Apa yang menyebabkan Gospel itu ketara adalah kerana sedangkan gospel ini mengikut Gospel-gospel tradisional dengan terperinci, apabila ia mengisahkan penangkapan dan hukuman mati Jesus, ia menyatakan bahawa orang-orang Sanhedrinlah yang pergi merayu untuk hidup Jesus kerana beliau adalah "seorang yang mengikut buku". Dalam versi ini, orang-orang Sanhedrin ialah yang "mencuci tangan-tangan mereka" tentang kematian Jesus, dan bukannya Pilate. Sedangkan terdapat dakwaan-dakwaan tipu helah, orang-orang yang lain, termasuk Swami Abhedananda, seorang tokoh utama dalam Persatuan Ramakrishna, pernah melihat dokumen itu, dan pendeta-pendeta di Hemis masih menganggap biara mereka sebagai tempat yang Jesus menghabiskan beberapa tahun hayatnya untuk mengkaji agama Buddha.

[sunting]Pandangan agama Hindu

Kepercayaan agama Hindu tentang Jesus berbeza-beza. Sesetengah orang Hindu melihatkan Jesus sebagai manusia biasa, dengan banyaknya menganggap beliau sebagai seorang guru atau yogi yang bijaksana, dan bukannya Tuhan. Banyak penyokong tradisi Yoga Surat Shabd menganggap Jesus sebagai SatguruSwami Vivekananda telah memuji Jesus dan memetiknya sebagai sumber kekuatan dan contoh unggul bagi kesempurnaan. [9] Paramahansa Yogananda mengajar bahawa Jesus ialah penjelmaan semula Elisha serta murid kepadaJohn si Baptis, penjelmaan semula Elijah.[10] Mahatma Gandhi yang menganggap Jesus sebagai salah satu guru utamanya serta ilhamnya untuk Tentangan Tidak Ganas, berkata: "Aku suka akan Christ kamu, aku tidak suka akan orang-orang Kristian kamu. Orang-orang Kristian kamu adalah amat berbeza dengan Christ kamu." [11]
Yuz Asaf yang dianggap sebagai Jesus oleh Gerakan Muslim Ahmadiyya, sebuah golongan minoriti, juga dianggap sebagai seorang tokoh suci oleh sesetengah penganut agama Hindu dan agama Buddha.

[sunting]Pandangan-pandangan lain

Agama Bahai menganggap Jesus, bersama-sama dengan MuhammadGautama Buddha, dan lain-lain lagi sebagai "Jelmaan-jelmaan" (atau nabi-nabi) Tuhan, dengan sifat-sifat manusia dan ketuhanan. Sedangkan sesetengah pandangan Bahai mengenai Jesus adalah sepadan dengan pandangan-pandangan orang Kristian, orang-orang Kristian tidak menerima pandangan Bahai mengenai Jesus. [12]
Mandaeanisme menganggap Jesus sebagai nabi yang memperdaya (mÅ¡iha kdaba) bagi tuhan palsu Yahudi dalam Wasiat Lama, Adonai[13] serta penentang kepada John si Baptis, nabi yang baik. Walaupun demikian, mereka mempercayai bahawa Johnlah yang membaptiskan Jesus.
Gerakan Zaman Baru menyokong berbagai-bagai pandangan terhadap Jesus, dengan sesetengah wakil (seperti Kursus Mukjizat) mencuba menurun beliau. Banyak orang mengakui bahawa beliau adalah seorang "guru agung" yang serupa dengan Gautama Buddha, dan mengajar bahawa keadaan Christ adalah sesuatu yang semua orang boleh mencapai. Pada masa yang sama, banyak ajaran Zaman Baru, umpamanya penjelmaan semula, kelihatan membayangkan ketidakselesaan dengan agama Kristian tradisional. Banyak subkumpulan Zaman Baru mendakwa bahawa Jesus adalah penyokong mereka, dan sering membabitkan perbezaan-perbezaan atau bantahan-bantahan terhadap aliran utama Kristian. Umpamanya,Teosofi dan cabang-cabangnya mengatakan bahawa Jesus mengkaji esoterisisme di Himalaya atau Mesir pada tempoh "tahun-tahun hilang"nya.
Terdapat juga orang-orang yang menegaskan ajaran-ajaran moral Jesus. Garry Wills memperdebatkan bahawa etika Jesus adalah berbeza dengan etika yang biasa diajar oleh agama Kristian. [14] Seminar Jesus [15] menggambarkan Jesus sebagai seorang pengkhutbah yang pergi dari satu tempat ke satu tempat (Matt 4:23) untuk mengajar keamanan (Matt 5:9) dan kasih sayang (Matt 5:44), hak-hak wanita (Luke 10:42) dan kehormatan kepada kanak-kanak (Matt 19:14), dan yang bersuara menentang kepura-puraan pemimpin-pemimpin agama (Luke 13:15) dan orang-orang kaya (Matt 19:24). Banyak penyokong humanismeateisme, dan agnostisisme berasa empati dengan prinsip-prinsip moralnya ini. Thomas Jefferson, salah seorang Pengasas yang banyak orang menganggap sebagai penyokong deisme, mencipta sebuah "Bible Jefferson" untuk orang-orang Indian Amerika yang berjudul "Kehidupan dan Ajaran Moral Jesus dari Nazareth" dan yang hanya merangkumi ajaran-ajaran etika Jesus.

No comments:

Post a Comment